Sabtu, 17 Ogos 2019

Biskut Badam Coklat Chip

Biskut Badam Coklat Chip

Biskut Badam Coklat Chip

Biskut Badam Coklat Chip

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
½ cawan coklat chip
¾ - 1 cawan cawan serbuk badam (sangai dahulu)
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula halus hingga sebati.

2. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.

3. Masukkan serbuk badam dan coklat chip.

4. Masukkan  tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Uli hingga menjadi doh dan tekan dengan acuan yang disukai.

6. Bakar sehingga masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes
Sumber :
Facebook

Bahan-bahan :

1 cawan gula halus (kurangkan kalau tak nak manis)
1 ½ cawan planta @ butter
1 cawan kismis (potong kecil)
2 biji kuning telur
2 ½ cawan tepung gandum
2 cawan cornflakes (ramas kasar)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
Extra conflakes untuk celup


Cara Membuatnya:

1. Pukul marjerin dengan gula hingga sebati.

2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan susu pekat manis. Kacau lagi.

3. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul hingga rata.

4. Sudukan dan celup dalam cornflakes yang diramas. Letak atas dulang.

5. Bakar pada suhu 150 oC selama 25 minit atau bergantung pada jenis oven.

6. Bakar sehingga biskut berwarna keperangan.

7. Tunggu sejuk dan bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.


Nota :

1. Selain kismis, boleh letak coklat chip, badam cincang dan boleh dicampur.

2. Adunan memang lembik dan jangan tambah tepung.

3. Biskut ini apabila masak, dalamnya gebu macam kek tapi rangup di luar.

Khamis, 15 Ogos 2019

Biskut Kelapa

Biskut Kelapa

Biskut Kelapa

Biskut Kelapa

Biskut Kelapa
 Sumber :
Facebook

Bahan-bahan :

1 cawan planta @ marjerin @ butter
1 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
2 cawan kelapa kering (digoreng @ sangai)


Cara Membuatnya :

1. Kacau gula  bersama planta hingga sebati.

2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan kelapa kering.

4. Adun sampai sebati. Terap dengan bentuk yang disukai.

5. Sapu kuning telur di atasnya dan tabur kelapa kering yang diwarnakan.

6. Bakar suhu 160oC selama lebih kurang 20 minit.