Isnin, 19 Julai 2021

Tart Cadbury Melting Azlina Ina




 


Bahan-bahan :

250 gram butter @ marjerin

4 sudu besar susu pekat @ gula halus

2 sudu besar minyak sapi ghee (jika ada)

2 biji kuning telur (jika ada)

Sedikit pewarna kuning

4 sudu besar susu tepung

Sedikit esen vanila

2 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar tepung kastard

3 - 4 cawan tepung gandum (ikut lembut)

Coklat Cadbury secukupnya (3 bar coklat dipotong kepada 4 bahagian)

 

Cara Membuatnya : 

1. Masukkan butter, susu pekat, minyak sapi dan juga kuning telur dalam bekas. 

2. Kacau menggunakan senduk hingga sebati. 

3. Tambahkan sedikit pewarna kuning, susu tepung dan esen vanila. 

4. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard.

5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang cantik. 

6. Tekan doh dengan acuan tart dan letakkan coklat Cadbury di tengahnya. 

7. Sapukan kuning telur di atas permukaan biskut. 

8. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 170 selama 25 minit atau sampai keperangan.

 

Isnin, 12 Julai 2021

Kek Pandan Bersantan







Bahan-bahan :

5 biji telur gred A

2 cawan tepung kek

1 cawan gula halus @ gula kastor

200 ml santan kotak

2 sudu makan susu pekat

1 sudu ovalette

Emulco pandan

Pewarna hijau

 

Cara Membuatnya :

1. Putar telur dan gula sampai kembang, berbuih dan berwarna putih.

2. Masukkan susu dan ovalette, putar lagi hingga adunan kembang serta gebu.

3. Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Nak kaup balik pun boleh.

4. Akhir sekali masukkan santan, emulco pandan dan pewarna hijau. Sebatikan.

5. Lapik loyang saiz 8x8 dengan baking paper dan sapukan marjerin.

6. Tuangkan adunan dalam loyang dan hentakkan sedikit sahaja.

7. Panaskan ketuhar selama 5 hingga 10 minit.

8. Bakar pada suhu 160 selama 40 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.

 

Nota :

1. Pastikan pukul sampai kembang dan betul-betul gebu adunan untuk menghasilkan kek yang gebu gebas.

2. Adunan yang baik, bila diangkat akan turun dalam keadaan agak perlahan dan berlipat-lipat.

3. Adunan jika terlebih kacau akan membuatkan kek merekah dan jika kurang kacau akan menjadi mendap (tidak naik).

 

Selasa, 6 Julai 2021

Bingka Roti






Bahan-bahan :

5 keping roti sandwich (potong kecil)

2 biji telur

¾ cawan gula (boleh kurangkan)

3 cawan santan @ susu segar @ susu cair

1 sudu kecil esen vanila

1 cawan tepung gandum

Sedikit garam

 

Cara Membuatnya :

1. Potong kecil roti sandwich dan rendam bersama 2 cawan santan.

2. Masukkan telur, gula, esen vanila dan 1 cawan santan ke dalam blender.

3. Kisar hingga hancur dan masukkan tepung gandum. Kisar lagi.

4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam roti yang direndam tadi.

5. Kacau sampai semuanya sebati.

6. Oleskan loyang dengan sedikit marjerin dan tuangkan adunan.

7. Bakar adunan sampai kekuningan.

8. Biarkan ianya sejuk, barulah boleh dipotong.

9. Sedia untuk dinikmati.