Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2026

Resipi Cornflakes Bermadu @ TikTok Shaad




Bahan-bahan :

375 gram cornflakes

150 gram salted pure butter

80 gram madu

80 gram susu pekat

 

Cara Membuatnya :

1. Didihkan  butter, madu dan susu pekat di dalam kuali.

2. Tutup api dan biarkan sejuk sekejap.

3. Kemudian campurkan dengan cornflakes. Gaul sampai sebati.

4. Masukkan cornflakes dalam cawan kertas.

5. Taburkan gula-gula manik di atasnya.

6. Bakar pada suhu 140oC selama 15 minit.


Resipi Biskut Semperit Bunga Cina @ TikTok Syimah585




Bahan-bahan :

1 cawan marjerin / butter

1 cawan susu pekat

1 sudu teh esen vanila

2 sudu besar tepung kastard

4 cawan tepung jagung

Pewarna kuning

Ceri - hiasan

 

Cara Membuatnya :

1. Masuk marjerin, susu pekat, esen vanila dan pewarna dalam bekas.

2. Kacau guna senduk kayu hingga sebati.

3. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung sikit-sikit hingga jadi doh.

4. Jika lembik boleh tambah lagi tepung jagung.

5. Masuk doh dalam acuan semperit dan tekan atas loyang.

6. Hiaskan dengan ceri yang dipotong.

7. Bakar suhu 160oC selama 20 hingga 25 minit.


Resipi Biskut Mazola / Biskut Kacang @ TikTok Syimah585

 


Bahan-bahan :

2 cawan kacang tanah kisar / 200 gram

2 ½ cawan tepung gandum / 250 gram (ayak)

1 cawan minyak Mazola @ Daisy / 150 gram

1 cawan gula aising / 100 gram (ayak)

½ sudu teh garam

Kacang - hiasan

Kuning telur - hiasan


Cara Membuatnya :

1. Masuk dalam bekas kacang tanah, tepung, gula dan garam. Kacau bagi sekata.

2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh.

3. Terap guna acuan dan sapu kuning telur di atasnya.

4. Bakar suhu 160oC selama 20 minit.


Jumaat, 28 Jun 2024

Biskut Almond London @ Tiktok KakEcah





Bahan-bahan :

250 gram butter @ marjerin

60 gram gula aising

1 biji kuning telur

50 gram cornflakes kisar

1 sudu teh esen vanila

300 gram tepung gandum

Biji badam (dipanggang)

Coklat masakan

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati butter dengan gula aising.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan cornflakes yang telah dikisar.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Uli hingga menjadi doh yang lembut.

6. Ambil sedikit doh, masukkan badam panggang. Kemaskan doh.

7. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak.

8. Setelah sejuk, celupkan dengan coklat masakan yang dicairkan.

9. Taburkan di atasnya dengan badam yang dipotong kecil.

10. Biarkan sehingga coklat keras. Sedia untuk dihidang.

 

Cara Panggang Badam

1. Bakar dalam ketuhar pada suhu rendah selama 1 jam 30 minit.

2. Setiap 30 minit, kacau-kacau dan terbalikkan badam.

 

Biskut Semperit Cik Ani (Facebook)







Bahan-bahan :

2 ½ cawan tepung gandum

1 ½ cawan tepung kastard

1 cawan tepung jagung

1 cawan gula aising

250 gram buttercup

2 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

Ceri secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati buttercup dan gula aising menggunakan senduk.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Tekan adunan dengan acuan semperit pecah 15.

6. Letak ceri merah di tengah biskut.

7. Bakar pada suhu 180oC selama 20 minit atau bergantung pada jenis ketuhar. 

 

Rabu, 17 April 2024

Biskut Coklat Rice @ Tiktok KakEcah

Biskut Coklat Rice @ Tiktok KakEcah

Biskut Coklat Rice @ Tiktok KakEcah

Biskut Coklat Rice @ Tiktok KakEcah

Biskut Coklat Rice @ Tiktok KakEcah

Bahan-bahan :

250 gram butter @ marjerin

120 gram gula aising

1 sudu teh esen vanila

50 gram susu tepung

50 gram serbuk koko

1 biji kuning telur

100 gram tepung jagung

250 gram tepung gandum

Coklat masakan

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau butter dan gula aising hingga sebati menggunakan senduk.

2. Masukkan esen vanila dan kuning telur. Kacau lagi.

3. Masukkan susu tepung, serbuk koko dan tepung jagung.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sebati.

5. Tekan menggunakan acuan yang disukai.

6. Bakar sehingga masak dan biarkan sejuk.

7. Cairkan coklat masakan dan celupkan biskut bahagian atas sahaja.

8. Kemudian taburkan coklat rice di atasnya.