Kuih denderam atau juga dikenali sebagai kuih peniaram atau kuih telinga keling atau kuih telinga hindu, disebabkan warnanya yang gelap. Ia merupakan sejenis kuih manis tradisional yang sedap rasanya.
Resipi Kuih Denderam
Oleh : Sajian Hati
Bahan-bahan
:
700 gram
gula merah
200 gram
gula putih
1 kg
tepung beras
2 cawan
air
1 cawan
tepung gandum
Cara
Membuatnya :
Campurkan
gula merah dan gula putih di dalam periuk. Masak gula merah dan gula putih
bersama 2 cawan air sehingga gula larut dan mendidih. Pastikan ia mendidih
kerana kuih ini memerlukan air gula yang panas ketika membancuhnya.
Ayak
tepung gandum dan tepung beras. Kemudian, masukkan gula yang dimasak tadi ke
dalam tepung dengan menapis gula tersebut terlebih dahulu menggunakan penapis.
Jika masih keras dan tidak boleh dikacau, boleh tambahkan sedikit air panas.
Keesokannya, uli doh tersebut dengan
menggunakan tangan. Uli hingga rata seperti di dalam gambar.
Ambil
plastik besar dan sapukan minyak di permukaan plastik tersebut agar doh tidak
melekat. Canaikan doh di atas plastik.
Kemudian, tekan dengan menggunakan acuan kuih
denderam.
Jika tiada acuan tersebut, boleh juga
menggunakan objek bulat dan ditekan. Seterusnya, tebukkan lubang di tengahnya.
Panaskan
minyak dan goreng sehingga masak. Biarkan ia sejuk dan masuk angin agar kuih menjadi lembut. Sedap juga dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba :)
Sedap mkn wktu panas..kuih ni manis kn
BalasPadamYa, ianya agak manis.. Kalau kurang manis, kurang menjadi kuih ini :)
PadamSALAM, AMIK RESEPI YER.. MMG SUKA WAT KUIH NI TAPI AKAK WAT MASA PROSES MENGORENG MESTI ADA YG PECAH.. AKAK NAK TRY RESEPI NI PLAK..
BalasPadamWaalaikumsalam..ambil ler dan jangan lupa linkkan di sini jika letak di blog. Setakat ini resipi nie ok. Tak pernah pecah masa mengoreng. Cubalah yer :)
Padamtimekasi resipi ni.. dah join blog.. :D
BalasPadamtq sudi follow :)
Padamyour recipe seems so nice!
BalasPadamTerima kasih :)
Padamtak pernah kak ana mencuba resepi kuih ni eyma, datang dan follow #278 dari IG..:)
BalasPadampebret anak aku nih.,
BalasPadamAlhamdulillah..menjadi pkai resepi ni..sblum ni dh puas try resepi lain..keras kelengkung jdnye..huhu
BalasPadamAlhamdulillah.... :)
PadamCawan nak pki sukat air nye cawan model ape y
BalasPadamadunan nya boleh simpan dalam peti ais tak?
BalasPadamTak perlu nanti terlajak keras susah nak uli :)
Padamsya nk cuba resepi ni utk jual harap2 jdla
BalasPadamDh cuba dah resepi ni tapi kurang manislah
BalasPadamOh ya ka..Bagi saya dah cukup manis..kalau dia naik kembang kira dah cukup manis.
PadamKlu bt pg..simpn adunan smpai ptg..mlm uli n goreng blh ke???
Padam