Memaparkan catatan dengan label Cikgu Dinde. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cikgu Dinde. Papar semua catatan

Jumaat, 26 November 2021

Roti Italiano Cheese









Bahan Untuk Roti : 

200 gram air 

1 sudu kecil garam 

1 biji telur gred B (48 - 50 gram telur)

80 gram gula

1 sudu kecil tepung ubi kentang

1 sudu besar susu tepung

30 gram marjerin

30 gram shortening

500 gram tepung high protein

10 gram krim pelembut @ k-fine

11 gram yis


Bahan Lain :

Susu full cream @ susu cair @ air

Sosej (bakar dahulu)

Cheese parmesan

Keju cheddar (slice)

Daun sup (dihiris)

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan semua bahan roti ke dalam bread maker, uli selama 30 minit. 

2. Jika uli tangan, uli selama sejam tanpa henti. 

3. Timbang doh sebanyak 60 gram, buat bulat sampai cantik dan licin. 

4. Tekan doh memanjang, lipat kiri dan kanan pergi ke tengah. 

5. Kemudian cantumkan bahagian kiri dengan kanan, kelim bagi rapat. 

6. Tuang susu full cream dalam bekas, celupkan separuh doh roti pada susu.

7. Kemudian gelekkan pula pada cheese parmeson. Letak doh roti dalam papercup. 

8. Tunggu hingga doh kembang. Bakar pada suhu 180oC selama 15 minit. 

9. Bila roti sudah masak, belah bahagian tengah roti tersebut. 

10. Letakkan cheese slice dan selitkan sosej di tengah. 

11. Sosej hendaklah dibakar terlebih dahulu pada suhu 160oC selama 5 minit. 

12. Kemudian letakkan sos cili, mayonis serta taburkan daun sup. 

13. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

 

Ahad, 21 Februari 2021

Resipi Roti Cikgu Dinde (Bread Maker)

 
 





Bahan-bahan : 

200 gram air 

1 biji telur gred B 

80 gram gula

500 gram tepung high protein

30 gram marjerin

30 gram shortening

1 sudu kecil garam

10 gram super cream (krim pelembut)

11 gram yis kering


Sapuan Atas Roti :

Kuning telur @ susu sejat @ susu segar 

Pewarna kuning telur

 

Cara Membuatnya :

1. Pertama sekali masukkan air ke dalam bread maker.

2. Pastikan masukkan cecair dahulu ke dalam bread maker agar mudah proses menguli. 

3. Masukkan telur, gula, marjerin, shortening, garam dan juga super cream.

4. Kemudian boleh masukkan tepung high protein.

5. Akhir sekali baru masukkan yis kering.

6. Yis kering tak boleh bercampur dengan garam kerana ia akan melemahkan yis.

7. Uli sehingga 30 minit guna bread maker dan jika guna tangan selama 1 jam tanpa henti.

8. Uli sehingga elastik dan tak lekat di tangan.

9. Kemudian boleh bentukkan roti dan letak inti yang digemari.

10. Untuk membuat sapuan atas roti, pukul manja telur dan letak sedikit pewarna kuning.

11. Sapukan permukaan roti dengan campuran kuning telur tadi.

12. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170 @ 180 darjah bergantung pada ketuhar masing-masing.