Memaparkan catatan dengan label Pizza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pizza. Papar semua catatan

Selasa, 22 Jun 2021

Resipi Pizza Tuna





Resipi Doh Pizza? 
Klik di sini

Bahan-bahan :

Tuna dalam tin (Ayam Brand)

Tomato

Bawang holland

Capsicum

Prego Tradisional

Mayonis

Sos cili

Keju mozzarella

 

Cara Membuatnya :

1. Timbang doh pizza sebanyak 50 gram.

2. Canai dan masukkan dalam aluminium foil saiz 5 inci.

3. Tekan atau ratakan doh bagi penuh aluminium foil.

4. Cucukkan sedikit permukaan doh dengan garpu.

5. Sapukan prego tradisional di atasnya.

6. Kemudian boleh letakkan tuna di atasnya.

7. Letakkan juga tomato, bawang holland, capsicum, mayonis dan sos cili.

8. Akhir sekali taburkan keju mozzarella di atasnya.

9. Biarkan sekejap 10 minit dan bakar selama 15 minit.

 

Resipi Pizza Hawaiian Chicken





 
Resipi Doh Pizza?
 Klik di sini

Bahan-bahan :

Ayam hancur @ cincang (masak sekejap untuk keluarkan airnya)

Capsicum

Kepingan nanas dalam tin

Bawang holland (dihiris)

Prego Tradisional

Mayonis

Sos cili

Keju mozzarella

 

Cara Membuatnya :

1. Timbang doh pizza sebanyak 50 gram.

2. Canai dan masukkan dalam aluminium foil saiz 5 inci.

3. Tekan atau ratakan doh bagi penuh aluminium foil.

4. Cucukkan sedikit permukaan doh dengan garpu.

5. Sapukan prego tradisional di atasnya.

6. Letakkan ayam hancur yang telah dimasak.

7. Letakkan juga capsicum, nanas, bawang holland, mayonis dan sos cili.

8. Akhir sekali taburkan keju mozzarella di atasnya.

9. Biarkan sekejap 10 minit dan bakar selama 15 minit.

 

Isnin, 21 Jun 2021

Resipi Pizza Sosej




Resipi Doh Pizza?

Bahan-bahan : 

Sosej 

Bawang holland

Tomato

Capsicum

Prego Tradisional

Mayonis

Sos cili

Keju mozzarella

Isi ketam (potong memanjang)

Cendawan butang

Nanas

Serbuk oregano 

 

Cara Membuatnya :

1. Timbang doh pizza sebanyak 50 gram.

2. Canai dan masukkan dalam aluminium foil saiz 5 inci.

3. Tekan atau ratakan doh bagi penuh aluminium foil.

4. Cucukkan sedikit permukaan doh dengan garpu.

5. Sapukan prego tradisional di atasnya.

6. Letakkan sosej, isi ketam, cendawan butang serta tomato.

7. Letakkan juga capsicum, nanas, bawang holland, mayonis dan sos cili.

8. Akhir sekali taburkan keju mozzarella dan serbuk oregano di atasnya.

9. Biarkan sekejap 10 minit dan bakar selama 15 minit.