Resipi Pizza Sosej

Isnin, 21 Jun 2021

Resipi Pizza Sosej




Resipi Doh Pizza?

Bahan-bahan : 

Sosej 

Bawang holland

Tomato

Capsicum

Prego Tradisional

Mayonis

Sos cili

Keju mozzarella

Isi ketam (potong memanjang)

Cendawan butang

Nanas

Serbuk oregano 

 

Cara Membuatnya :

1. Timbang doh pizza sebanyak 50 gram.

2. Canai dan masukkan dalam aluminium foil saiz 5 inci.

3. Tekan atau ratakan doh bagi penuh aluminium foil.

4. Cucukkan sedikit permukaan doh dengan garpu.

5. Sapukan prego tradisional di atasnya.

6. Letakkan sosej, isi ketam, cendawan butang serta tomato.

7. Letakkan juga capsicum, nanas, bawang holland, mayonis dan sos cili.

8. Akhir sekali taburkan keju mozzarella dan serbuk oregano di atasnya.

9. Biarkan sekejap 10 minit dan bakar selama 15 minit.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan