Ahad, 24 Mac 2024

Homemade Ikan Pekasam



Bahan-bahan :

Ikan puyu dan ikan sepat

Garam kasar

Beras

Asam keping

1 sudu besar gula

 

Cara Membuatnya :

1. Cuci ikan sehingga betul-betul bersih. Perapkan ikan dengan garam. Biarkan semalaman pada suhu bilik atau bahagian bawah peti sejuk.

2. Kuantiti garam jangan terlalu masin sebab kurang sedap. Kalau terkurang garam, ikan akan menjadi busuk sebelum menjadi pekasam.

3. Goreng beras sehingga menjadi warna keperangan. Tetapi jangan sampai hangit. Kemudian, kisar atau tumbuk beras tersebut.

 

4. Masukkan dalam bekas beras yang telah ditumbuk, campurkan dengan gula dan kacau sebati.

 

5. Selepas semalaman, bedakkan ikan dengan beras yang dikisar seekor demi seekor. Golekkan saja ikan di dalam beras kisar tersebut.

6. Ambil balang, taburkan garam kasar sedikit. Kemudian susun ikan satu lapisan, taburkan beras dan garam kasar secukupnya. Letakkan beberapa keping asam keping.

 

 

7. Susun lagi ikan pada lapisan kedua dan tabur lagi beras dan garam serta letakkan asam keping. Ulang langkah hingga ikan habis disalut dengan beras.

 

 

8. Tutup rapat bekas. Lima hari kemudian boleh digoreng, sedap dimakan dengan nasi panas. 

 

Jumaat, 12 Januari 2024

Homemade Ice Blended Strawberi

Homemade Ice Blended Strawberi

Homemade Ice Blended Strawberi

Homemade Ice Blended Strawberi

Homemade Ice Blended Strawberi

Homemade Ice Blended Strawberi

Bahan-bahan :

1 sudu gula halus @ gula biasa

2 sudu susu pekat manis

1 sudu susu tepung

Nutrifres perisa strawberi (bes minuman) secukupnya

¼ cawan air

1 - 2 cawan ais hancur

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan gula, susu pekat, susu tepung dan Nutrifres perisa strawberi.

2. Masukkan juga air dan ais dalam blender.

3. Blend hingga ais hancur, sebati dan lembut.

4. Kemudian tuangkan ais yang diblender dalam cawan.

5. Sedia untuk dinikmati.

 

Isnin, 18 Disember 2023

Step by Step Cara Membuat Minyak Kelapa Asli

Minyak kelapa asli dimasak secara tradisional di atas dapur. Dikacau secara homemade untuk keaslian minyaknya seperti nenek moyang kita dulu-dulu. Bau yang wangi dan enak untuk masakan atau sebagainya.

 

HOMEMADE MINYAK KELAPA ASLI

OLEH : SAJIAN HATI


Bahan-bahan :

Santan

Air panas

 

Cara Membuatnya : 

Dalam bekas yang besar, campurkan santan dengan air panas. Air panas mesti lebih banyak daripada santan.

 
Gunakan air yang banyak supaya pati santan dapat berkumpul di atas.

 
 Biarkan semalaman agar pati santan naik ke atas dan air pula di bahagian bawah.
 

 
 Ambil bahagian atas sahaja dengan perlahan menggunakan senduk.
 
 
 
Bahagian atas merupakan pati santan untuk dijadikan minyak.
 
 
 
Ambil pati santan sampai habis dan air di bawahnya harus dibuang.
 

 
 Masukkan pati santan dalam kuali dan masak.
 

 
 Hendaklah dikacau selalu agar masak dengan sekata dan tidak berkerak.
 



 
 Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.
 

 
Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak sahaja.
 

 
Minyak ini boleh digunakan untuk memasak, dijadikan minyak rambut dan sebagainya.