Apam Betawi Rehan

Khamis, 12 Januari 2012

Apam Betawi Rehan

Apam Betawi Rehan

Bahan-bahan : 

1 cawan telur (lebih kurang 5 biji telur) 
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum 
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna (jika suka)

Cara Membuatnya : 

Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan esen vanilla. Kacau lagi. 

Seterusnya masukkan tepung gandum dan pewarna. Kacau hingga sebati.

Alas acuan atau loyang dengan kertas terlebih dahulu kerana takut kuih akan melekat.

Panaskan tempat pengukus. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus hingga masak. Kukus dengan api yang agak kuat.

Setelah sejuk bolehlah dipotong.

10 ulasan:

  1. Salam kenal daripada Kak Noor. Aha...! inilah apam yang paling mudah yang pernah akak temui. Semua bahannya dah ada kat dapur. Sekarang ni nak tengok mood dulu, kalau mood rajin bolehlah dibuat. Kalau MLS tu.... kena simpan dulu resepi ni. Anyway mohon copy resepi ini dalam blog Kak Noor nanti ye! Nanti kalau dah buat, akak tayangkan kat blog akak pula nanti. Kak Noor dah follow Balkish.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple dan sedap..Kak Noor cubalah yer..pasti apam akak lebih cantik.. Saya tak suka menghias sangat..hehe..

      Padam
  2. waaa....mcm sdp je apam ni...mmg tgh mngidam apam jnis ni...kt area umh syxde jual apam cmni..ley la sy buat.bhn2nye pn sume dh ade..

    BalasPadam
  3. suka apam,,,
    sangat2,,,
    da lama xmakan,,,huhuk!!!

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. tak perlu..cuma perlu pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu sahaja..

      Padam
    2. Mcm mna nak tahu telur tu btul2 kembang? Dan lpas tu campur dgn tepung gaul guna sudu besar shj ke

      Padam
    3. Telur akan menjadi putih, naik dan gebu... Ikut suka untuk kacau menggunakan sudu atau mixer. Saya pun sudah lupa sebenarnya. Lama sudah tidak membuat apam betawi.... Maaf andai tersilap... Tapi resipi ini memang menjadi :)

      Padam