Bahan-bahan :
1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
8 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh esen vanilla
2 cawan kelapa parut (dipanaskan dalam kuali selama 15 minit tetapi jangan sampai garing)
Pewarna (jika suka)
Cara Membuatnya :
Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanilla dan juga kelapa parut.
Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan pewarna jika mahu kek lebih menarik.
Sapukan permukaan loyang dengan marjerin terlebih dahulu. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang.
Bakar hingga masak.
salam kenal rehan.. tingin sangat nak makan kek kelapa.. skodeng punya skodeng ada kat sini rupanyer..
BalasPadamCubalah, tetapi jangan guna kelapa yang terlalu tua sangat yer..Nanti kurang sedap lak...
Padam