Isnin, 18 Disember 2023

Step by Step Cara Membuat Minyak Kelapa Asli

Minyak kelapa asli dimasak secara tradisional di atas dapur. Dikacau secara homemade untuk keaslian minyaknya seperti nenek moyang kita dulu-dulu. Bau yang wangi dan enak untuk masakan atau sebagainya.

 

HOMEMADE MINYAK KELAPA ASLI

OLEH : SAJIAN HATI


Bahan-bahan :

Santan

Air panas

 

Cara Membuatnya : 

Dalam bekas yang besar, campurkan santan dengan air panas. Air panas mesti lebih banyak daripada santan.

 
Gunakan air yang banyak supaya pati santan dapat berkumpul di atas.

 
 Biarkan semalaman agar pati santan naik ke atas dan air pula di bahagian bawah.
 

 
 Ambil bahagian atas sahaja dengan perlahan menggunakan senduk.
 
 
 
Bahagian atas merupakan pati santan untuk dijadikan minyak.
 
 
 
Ambil pati santan sampai habis dan air di bawahnya harus dibuang.
 

 
 Masukkan pati santan dalam kuali dan masak.
 

 
 Hendaklah dikacau selalu agar masak dengan sekata dan tidak berkerak.
 



 
 Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.
 

 
Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak sahaja.
 

 
Minyak ini boleh digunakan untuk memasak, dijadikan minyak rambut dan sebagainya.


Step by Step Cara Membuat Kerisik Menggunakan Food Processor

Kerisik adalah salah satu rencah yang menyedapkan masakan terutamanya dalam pembuatan rendang. Ianya dibuat daripada kelapa. Kelapa yang diparut atau dikukur, digoreng (tanpa minyak) dan kemudiannya digiling hingga lumat. Kerisik berwarna coklat gelap dan ia boleh dibuat sendiri atau dibeli dari kedai-kedai runcit.

 

HOMEMADE KERISIK MENGGUNAKAN FOOD PROCESSOR

OLEH : SAJIAN HATI

 

Bahan-bahan :

Kelapa parut secukupnya

 

Cara Membuatnya :

Jemur kelapa parut terlebih dahulu. Hati-hati kerana semut amat suka kelapa yang manis ini. Jika malas atau cuaca tidak mengizinkan boleh lakukan langkah seterusnya.

Goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak hingga menjadi kuning keemasan atau garing. 

 

 
 
 Pastikan guna api kecil sahaja. Jika api besar, kelapa akan hangus dan kerisik akan jadi pahit. 
 
 

 
 
Harus dikacau selalu agar masak dengan sekata dan tidak hangit.
 
 

Apabila sudah garing, tutup api dan biarkan seketika.

 

 
 
Dalam keadaan yang agak panas, masukkan kelapa goreng ke dalam food processor. 
 

Kisar kelapa goreng tadi sehingga lumat dan mengeluarkan minyak. 

 

Bila minyak kerisik sudah keluar, masukkan ke dalam bekas bersih.

 

Tutup bekas berisi kerisik dengan kemas dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu letak dalam peti sejuk. Ia juga tahan berbulan-bulan.