Kerisik adalah salah satu rencah yang menyedapkan masakan terutamanya dalam pembuatan rendang. Ianya dibuat daripada kelapa. Kelapa yang diparut atau dikukur, digoreng (tanpa minyak) dan kemudiannya digiling hingga lumat. Kerisik berwarna coklat gelap dan ia boleh dibuat sendiri atau dibeli dari kedai-kedai runcit.
HOMEMADE KERISIK MENGGUNAKAN FOOD PROCESSOR
OLEH : SAJIAN HATI
Bahan-bahan :
Kelapa parut secukupnya
Cara Membuatnya :
Jemur kelapa parut terlebih dahulu. Hati-hati kerana semut amat suka kelapa yang manis ini. Jika malas atau cuaca tidak mengizinkan boleh lakukan langkah seterusnya.
Goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak hingga menjadi kuning keemasan atau garing.
Apabila sudah garing, tutup api dan biarkan seketika.
Kisar kelapa goreng tadi sehingga lumat dan mengeluarkan minyak.
Bila minyak kerisik sudah keluar, masukkan ke dalam bekas bersih.
Tutup bekas berisi kerisik dengan kemas dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu letak dalam peti sejuk. Ia juga tahan berbulan-bulan.
Mak CCL pun suka buat kerisik sendiri . sebab aroma tu sedap kadang kalau beli kat luar selalu diorang akan campur sikit minyak masak masa kisar tu
BalasPadamEh senang je buat kerisik ni ingt susah hahaha.. inshallah raya tahun ni boleh try buat kerisik sendiri.. thanks share.. :D
BalasPadamSenang sangat jika ada food processor itu :)
Padam