Minyak kelapa asli dimasak secara tradisional di atas dapur. Dikacau secara homemade untuk keaslian minyaknya seperti nenek moyang kita dulu-dulu. Bau yang wangi dan enak untuk masakan atau sebagainya.
HOMEMADE MINYAK KELAPA ASLI
OLEH : SAJIAN HATI
Bahan-bahan :
Santan
Air panas
Cara Membuatnya :
Dalam bekas yang besar, campurkan santan dengan air panas. Air panas mesti lebih banyak daripada santan.
Gunakan air yang banyak supaya pati santan dapat berkumpul di
atas.
Biarkan semalaman agar pati santan naik ke atas dan air pula di
bahagian bawah.
Ambil bahagian atas sahaja dengan perlahan menggunakan senduk.
Bahagian atas merupakan pati santan untuk dijadikan minyak.
Ambil pati santan sampai habis dan air di bawahnya harus
dibuang.
Masukkan pati santan dalam kuali dan masak.
Hendaklah dikacau selalu agar masak dengan sekata dan tidak
berkerak.
Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan
atau keperangan. Tutup api.
Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak sahaja.
Minyak ini boleh digunakan untuk memasak, dijadikan minyak rambut
dan sebagainya.
dulu pernah tengok arwah tok buat minyak kelapa ni
BalasPadamInteresting betul baca sbb nak tahu mcm mana kejadian nya.. kalau guna santan kotak agak2 jadi tak?
BalasPadamRasanya kurang menjadi.. Tak pernah cuba..
Padam