Bahan-bahan :
Santan
Air panas secukupnya
Cara Membuatnya :
1. Dalam bekas yang besar, campurkan santan dengan air panas. Air panas mesti lebih banyak daripada santan.
2. Biarkan semalaman agar pati santan naik ke atas.
3. Ambil bahagian atas sahaja dengan perlahan menggunakan senduk.
4. Bahagian atas merupakan pati santan untuk dijadikan minyak.
5. Ambil pati santan sampai habis dan air di bawahnya harus dibuang.
6. Masukkan pati santan dalam kuali, masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan.
7. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak sahaja.
8. Minyak ini boleh digunakan untuk memasak, dijadikan minyak rambut, membuat kuih serta biskut dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan