Homemade Kerisik Menggunakan Food Processor

Ahad, 17 Disember 2023

Homemade Kerisik Menggunakan Food Processor

Homemade Kerisik Menggunakan Food Processor

Bahan-bahan :

Kelapa parut secukupnya

 

 Cara Membuatnya :

1. Jemur kelapa parut terlebih dahulu. Hati-hati kerana semut amat suka kelapa yang manis ini. Jika malas atau cuaca tidak mengizinkan boleh lakukan langkah seterusnya.

2. Goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak hingga menjadi kuning keemasan atau garing.

3. Pastikan guna api kecil sahaja. Jika api besar, kelapa akan hangus dan kerisik akan jadi pahit.

4. Apabila sudah garing, tutup api dan biarkan seketika.

5. Dalam keadaan yang agak panas, masukkan kelapa goreng ke dalam food processor.

6. Kisar kelapa goreng tadi sehingga mengeluarkan minyak.

7. Bila minyak kerisik sudah keluar, masukkan ke dalam bekas bersih dan kering.

8. Tutup bekas berisi kerisik dengan kemas dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu letak dalam peti sejuk. Ia juga tahan berbulan-bulan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan