Khamis, 7 Februari 2019

Poli Ubi Kayu Pandan Emulco (Lopes Ubi Kayu)

Bahan-bahan :

Ubi kayu (diparut)
Pandan emulco secukup warna dan rasa
Kelapa parut putih
Sedikit garam
1 cawan gula merah
½ cawan gula putih
½ cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
Daun pisang secukupnya

Cara Membuatnya :

1. Ubi kayu dicampur dengan pandan emulco dan kacau hingga rata.

2. Bungkus di dalam daun pisang seperti membuat kuih lepat atau;

3. Boleh juga masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak.

4. Gaulkan kelapa parut putih dengan sedikit garam.

5. Apabila ubi telah masak, salut dengan kelapa parut.

6. Masak gula merah bersama air dan daun pandan hingga gula cair.

7. Hidangkan bersama ubi kayu yang dikukus tadi. 

Nota :

Letakkan sedikit sahaja air jika ubi kayu terlalu kering dan mahukan kuih yang sedikit lembut.

Rabu, 6 Februari 2019

Tepung Boko Ubi Kayu Gula Merah (Talam Ubi Kayu Versi Kelantan)

Bahan Lapisan Bawah :

2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
1 cawan gula merah
1 cawan air
3 helai daun pandan (disimpul)

Cara Memasak Lapisan Bawah :

1. Masukkan gula merah, air dan daun pandan ke dalam periuk.

2. Masak hingga gula larut, tutup api dan sejukkan.

3. Dalam loyang campurkan ubi dengan bahan yang dimasak tadi.

4. Kacau hingga sekata, kemudian kukus sampai masak.

Bahan Lapisan Atas (Sos Putih) :

1 cawan santan pekat (1 kotak)
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil gula
½ sudu kecil garam atau secukup rasa

Cara Memasak Lapisan Atas :

1. Dalam periuk atau kuali, campurkan semua bahan di atas.

2. Kacau hingga semua bahan larut dan sebati.

3. Buka api perlahan dan masak hingga pekat.

4. Angkat dan nikmati bersama ubi kukus tadi.