Ahad, 16 Oktober 2022

Homemade Coklat







Bahan-bahan :

200ml whipping cream

2 atau 3 sudu buttercup

500gram milk coklat

Serbuk koko

 

Cara Membuatnya :

1. Panaskan whipping cream dalam kuali.

2. Apabila telah panas, masukkan buttercup.

3. Kacau hingga buttercup cair.

4. Tutup api dan tuangkan semua coklat.

5. Kacau hingga coklat cair sepenuhnya

6. Alas loyang dengan baking paper.

7. Tuangkan coklat, sejukkan semalaman dalam peti sejuk.

8. Ayak serbuk koko di atas coklat yang telah keras. 

9. Potong coklat menjadi petak kecil mengikut saiz yang digemari.

 

Ahad, 28 Ogos 2022

Kek Tiramisu Nescafe

Cara Membuat Kek Tiramisu Nescafe

Kek Tiramisu Nescafe

Cara Membuat Kek Tiramisu Nescafe

Cara Membuat Kek Tiramisu Nescafe

Cara Membuat Kek Tiramisu Nescafe

Cara Membuat Kek Tiramisu Nescafe

Cara Membuat Kek Tiramisu Nescafe

Cara Membuat Kek Tiramisu Nescafe

Bahan Untuk Kek :

250 gram tepung spongemix

50 gram susu full krim

1 sudu ovallet

5 biji telur gred B

1 sudu besar tiramisu emulco

50 gram minyak jagung

 

Bahan Filling dan Frosting :

400 gram cream cheese

250 gram fresh krim

100 gram susu pekat

100 gram gula aising

1 paket nescafe 3 in 1

 

Bahan Dusting :

1 sudu serbuk nescafe 3 in 1

1 sudu serbuk koko

2 sudu milo

- Campurkan ketiga-tiga bahan ini dan dikacau sampai sekata.

 

Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung spongemix, susu full krim dan ovallet dalam food processor.

2. Masukkan juga tiramisu emulco dan telur.

3. Putar selama 1 hingga 2 minit atau sehingga kembang dan gebu.

4. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk.

5. Kemudian campurkan dengan minyak, kacau hingga sebati.

6. Campurkan adunan mengandungi minyak ke dalam bekas yang besar tadi.

7. Kacau menggunakan kaedah kaup balik agar adunan sebati.

8. Tujuan dikacau secara berasingan untuk mengelak minyak daripada mendap.

9. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.

10. Bakar pada suhu 165 hingga 170 selama 25 minit atau bergantung pada oven.

 

Cara Membuat Filling dan Frosting :

1. Putar cream cheese, gula aising dan susu pekat sampai gebu. Ketepikan.

2. Putar fresh krim dengan nescafe 3 in 1 sampai gebu.

3. Kemudian campurkan dengan krim cheese yang diputar tadi.

4. Putar lagi sampai sebati. Jangan terlebih kacau nanti menjadi cair.

 

Cara Mendeko Kek :

1. Potong kek kepada 3 bahagian.

2. Letak krim yang telah dibuat tadi pada lapisan pertama.

3. Kemudian ayak bahan dusting di atasnya.

4. Buat begitu juga pada lapisan kedua dan ketiga.

5. Sejukkan selama sejam atau dua jam sebelum deko seterusnya.

6. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

 

Nota :

1. Resipi asal kek tiramisu boleh klik di sini.

2. Nescafe boleh digantikan dengan mocha cafe latte pre-mixed coffee.