Bahan-bahan
:
1 tahil agar-agar bertali (37.5
gram)
1 kg gula pasir
Air yang disukat
Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara
Membuatnya :
1. Pertama sekali, basuh
agar-agar bertali hingga bersih.
2. Masukkan agar-agar ini ke
dalam jug air. Tujuan memasukkan agar-agar ke dalam jug adalah untuk menyukat
kandungan agar-agar dan jumlah air yang perlu dimasukkan.
3. Tandakan kedudukan agar-agar
tersebut di jug. Contohnya jika agar-agar tersebut berada di tengah jug,
tandakan kedudukan tersebut.
4. Setelah itu, tuangkan
agar-agar ke dalam periuk.
5. Masukkan air sebanyak 2 kali
di mana kedudukan agar-agar yang ditanda pada jug tadi.
6. Rebus agar-agar bersama air
yang disukat sehingga mendidih dan hancur.
7. Apabila agar-agar telah hancur
semuanya, masukkan gula pasir.
8. Masak hingga mendidih dan
bolehlah tutup api.
9. Asingkan agar-agar kepada 4
bekas. Setiap bekas diwarnakan dengan warna yang berlainan. Hijau, kuning,
merah dan satu lagi dibiarkan putih.
10. Setelah sejuk dan keras bolehlah
dipotong. Jangan potong terlalu kecil kerana agar-agar akan mengecut selepas
kering.
11. Jemur agar-agar. Sesekali
balik-balikkan agar-agar supaya kering sekata. Jemur sehingga seminggu dan
agar-agar tidak melekat serta kering sepenuhnya.
nostalgia bila nampak agar2 ni..dah masuk 20 tahun keluarga sy tak buat agar2 ni.dulu mmg antara menu wajib untuk hidangan hari raya untuk ttamu..
BalasPadamSebenarnya, saya pula baru belajar buat agar-agar nie dan cuba memperbaikinya...nostalgia tetap menjadi kenangan selama-lamanya..mgkn ia akan berulang kembali...
PadamKalau 30 tahun yang lalu agar-agar ini menjadi kegemaran Kak Noor, sehingga kini ia masih menjadi faveret akak. Cuma sekarang ini tak ramai orang yang hidangkannya. Semasa kanak-kanak dulu kalau pergi beraya rumah orang, mesti mencari agar-agar kering ini dulu. Resepi dulu lagi sedap daripada sekarang ini. Tak tahu ngpe? Mungkin air tangan mak dan nenek kita kot...
BalasPadamSekarang banyak kuih moden jer Kak Noor..yang menggunakan marjerin. Kecuali ada lagi orang tua-tua yang suka membuatnya..
Padamsalam Eyma... tanpa gula batu pun boleh ke?
BalasPadamWaalaikumsalam..yer, saya buat tanpa menggunakan gula batu. Resipi dari nenek saya :)
PadamIngatkan tanpa gula batu dia tak boleh kering... tu yg malas buat sbb malas cari gula batu. Lepas ni bolehlah cuba...tq Eyma....
Padamselalunya di jemur di mana?
BalasPadamSaya akan melapik talam dengan plastik. Kemudian, susun agar-agar yang telah dipotong. Tutup talam tersebut dengan sehelai kain yang jarang supaya agar-agar tidak masuk habuk dan tidak tercemar.
PadamGunakan kain yang nipis sahaja supaya agar-agar cepat kering. Jemur di tempat yang betul-betul panas di bawah cahaya matahari. Tak kisah di mana pun asalkan tempat tersebut terkena cahaya matahari...
Harap dapat membantu....
Hello Eyma, love this agar2, so colourful. Ini bila tengok TV best.
BalasPadamKids sure love this too.
Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.