Bahan-bahan
:
250 gram buttercup
1 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung jagung
Tepung gandum ikut lembut adunan
1 biji kuning telur (untuk disapu
di atas kuih)
Jem nanas secukupnya
Cara
Membuatnya:
1. Pukul butter dan gula halus
hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
Kacau lagi.
3. Masukkan tepung jagung yang
diayak terlebih dahulu.
4. Masukkan tepung gandum sedikit
demi sedikit sehingga adunan tidak melekat lagi pada jari.
5. Jangan masukkan tepung terlalu
banyak kerana bila ianya terlalu keras, sukar untuk kita membentuknya nanti.
6. Tekan dengan acuan tat. Letakkan jem di tengah dan gulung hingga kedua-dua bahagian bercantum.
7. Sapu kuning telur di atasnya.
8. Bakar hingga masak dan sedia
untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan