Biskut Semperit Cik Ani (Facebook)

Jumaat, 28 Jun 2024

Biskut Semperit Cik Ani (Facebook)







Bahan-bahan :

2 ½ cawan tepung gandum

1 ½ cawan tepung kastard

1 cawan tepung jagung

1 cawan gula aising

250 gram buttercup

2 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

Ceri secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati buttercup dan gula aising menggunakan senduk.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Tekan adunan dengan acuan semperit pecah 15.

6. Letak ceri merah di tengah biskut.

7. Bakar pada suhu 180oC selama 20 minit atau bergantung pada jenis ketuhar. 

 

1 ulasan:

  1. salam ziarah. waaa sedapnya biskut ni..my fav ni :) cuma tak reti la nak buat hehehe

    BalasPadam