Biskut Cornflakes

Sabtu, 17 Ogos 2019

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes
Sumber :
Facebook

Bahan-bahan :

1 cawan gula halus (kurangkan kalau tak nak manis)
1 ½ cawan planta @ butter
1 cawan kismis (potong kecil)
2 biji kuning telur
2 ½ cawan tepung gandum
2 cawan cornflakes (ramas kasar)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
Extra conflakes untuk celup


Cara Membuatnya:

1. Pukul marjerin dengan gula hingga sebati.

2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan susu pekat manis. Kacau lagi.

3. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul hingga rata.

4. Sudukan dan celup dalam cornflakes yang diramas. Letak atas dulang.

5. Bakar pada suhu 150 oC selama 25 minit atau bergantung pada jenis oven.

6. Bakar sehingga biskut berwarna keperangan.

7. Tunggu sejuk dan bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.


Nota :

1. Selain kismis, boleh letak coklat chip, badam cincang dan boleh dicampur.

2. Adunan memang lembik dan jangan tambah tepung.

3. Biskut ini apabila masak, dalamnya gebu macam kek tapi rangup di luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan