Pizza Roti Gunting (Masak Dalam Kuali)

Sabtu, 27 Mac 2021

Pizza Roti Gunting (Masak Dalam Kuali)

 




Bahan-bahan :

10 keping roti sandwich (potong dadu)

4 biji telur

Sedikit garam

Bawang besar (potong dadu)

Bawang putih (potong dadu)

Sosej (dipotong)

Sos prego tradisi

1 sudu mentega

Sos cili

Mayonis

Keju mozzarella

Sayuran (jika ada)


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.

2. Masukkan sos prego, sosej dan juga sayuran yang disukai.

3. Masak hingga sayur lembut dan tutup api.

4. Gunting roti sandwich menjadi potongan dadu kecil.

5. Satu keping roti boleh mendapat 16 potongan dadu (ikut citarasa).

6. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan sedikit garam.

7. Pukul telur bagi sebati dan tuangkan pada roti tadi.

8. Gaul hingga roti dan telur bersatu.

9. Panaskan kuali, masukkan mentega.

10. Biarkan mentega cair dan ratakan pada seluruh permukaan kuali. Tutup api.

11. Tuangkan roti yang bersalut telur. Susun agar memenuhi ruang kuali.

12. Kemudian letakkan sosej dan sayur yang telah dimasak tadi.

13. Letakkan juga sos cili dan mayonis.

14. Akhir sekali, taburkan keju mozzarella. Tutup dengan penutup kuali.

15. Masak dengan menggunakan api yang sangat kecil.

16. Apabila keju sudah cair, bolehlah tutup api.

17. Sedia untuk dinikmati. 


Tiada ulasan:

Catat Komen