Kek Pisang Pandan

Sabtu, 6 April 2019

Kek Pisang Pandan

Kek Pisang Pandan

Kek Pisang Pandan

Kek Pisang Pandan

Kek Pisang Pandan


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
½  cawan gula pasir
4 biji pisang
½ cawan minyak masak
2 biji telur
Perisa pandan
Pewarna hijau


Cara Membuatnya :

1. Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak bersama.

2. Blender gula dengan telur sampai kembang.

3. Masukkan perisa pandan dan pisang.

4. Putar lagi, kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi.

5. Seterusnya, masukkan minyak masak.

6. Letakkan pewarna hijau secukupnya dan kacau hingga sebati.

7. Tuangkan dalam bekas kek atau acuan kecil mengikut yang digemari.

8. Bolehlah dibakar atau dikukus sehingga masak.

9. Sedia untuk dinikmati.


Nota :

1. Jika suka manis, boleh masukkan ¾  hingga 1 cawan gula.

2. Tepung gandum boleh digantikan dengan tepung kek atau tepung berserbuk penaik. Anda hanya perlu menambah soda bikarbonat sahaja, baking powder tidak perlu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan