Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Ahad, 7 April 2019

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Bahan-bahan :

7 biji pisang emas
1 cawan minyak
¾  cawan gula pasir
2 cawan tepung berserbuk penaik @ tepung kek
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat hingga sekata. Ketepikan.

2. Blender gula, telur, minyak masak, pisang dan esen vanila hingga kembang.

3. Masukkan bahan blender tadi ke dalam bekas tepung dan gaul rata.

4. Sapukan loyang atau bekas dengan sedikit minyak agar kek tidak melekat.

5. Setelah itu, tuangkan adunan kek ke dalam bekas.

6. Bakar sehingga masak. Kek akan bertukar kehitaman.

7. Cucuk dengan lidi atau batang sudu untuk memastikan kek masak atau pun tidak.

8. Jika serpihan kek tidak melekat pada lidi, bermakna kek tersebut sudah masak.

9. Sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga.


Nota :

1. Jika tidak ada tepung berserbuk penaik, boleh gantikan dengan tepung gandum dan dicampur dengan 1 sudu teh baking powder.

2. Jika mahu lebih manis, masukkan  satu cawan gula. Jika mahu kurang manis boleh masukkan ½ cawan gula. 

14 ulasan:

  1. lamanya tak buat kek pisang, nak malas sebab mulut nak makan dah kurang

    BalasPadam
  2. Sedapnya kek pisang, terlioq! 🤤

    Cheq datang membalas kunjungan, dan follow sini sekali #307 😎

    BalasPadam
  3. assalamualaikum... 1st time dtg sini, done follow.. jemput singgah dan follow blog saya juga ya... resepi ni? memang mabeles!!! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam...terima kasih sudi follow.. nanti saya akan singgah ke sana pula :)

      Padam
  4. Ingatkan kek secret resepi...

    BalasPadam
  5. yummy...lama tak buat kek..tunggu anak balik dr kolej boleh la ajak buat kek pisang nanti

    BalasPadam
  6. follower ke 309, selamat berkenalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi follow.. nanti saya follow kembali jika belum follow :)

      Padam
  7. Kek pisang memang sedap! Kalau makan tak pandai nak berhenti dah hihihiii.

    BalasPadam