Bahan-bahan :
2 cawan buah nangka masak yang telah dipotong kecil
2 ½ cawan tepung gandum
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
Garam
Gula
Air secukupnya
Cara Membuatnya :
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda
bikarbonat.
2. Kemudian masukkan buah nangka yang telah dipotong.
3. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
4. Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga
sebati.
5. Adunannya agak lembut sedikit berbanding membuat cucur.
6. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan sendukkan satu
adunan.
7. Biarkan seketika sehingga sebelah lempeng masak.
8. Terbalikkan dan tunggu sehingga lempeng masak.
9. Sedia untuk dihidang.
Wah! Sungguh kreatif. Mesti harum aroma lempeng nangka ni. Sedap, rasa manis-manis gitu ye.
BalasPadamKena buat masak nangka sebab terlalu banyak di rumah :)
PadamSudah pasti semerbak baunya :)
Padamwahh mesti sedap kan..wangi lagi tapi sy tak berani nak makan nangka dah..tak pernah dalam sejarah makan nangka tup2 boleh pulak angin...sedih pastu en suami dok bebel kenapa makan..ehh selama makan tak pernah pulak angin walau nangka mmg tak digalakan utk org yg ada masalah angin tapi bukan saya..hehee
BalasPadam