Lempeng Nangka Simple

Rabu, 1 Mei 2019

Lempeng Nangka Simple

Lempeng Nangka

Lempeng Nangka

Lempeng Nangka


Bahan-bahan :

2 cawan buah nangka masak yang telah dipotong kecil
2 ½ cawan tepung gandum
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
Garam
Gula
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.

2. Kemudian masukkan buah nangka yang telah dipotong.

3. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.

4. Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.

5. Adunannya agak lembut sedikit berbanding membuat cucur.

6. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan sendukkan satu adunan.

7. Biarkan seketika sehingga sebelah lempeng masak.

8. Terbalikkan dan tunggu sehingga lempeng masak.

9. Sedia untuk dihidang.

4 ulasan:

  1. Wah! Sungguh kreatif. Mesti harum aroma lempeng nangka ni. Sedap, rasa manis-manis gitu ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena buat masak nangka sebab terlalu banyak di rumah :)

      Padam
    2. Sudah pasti semerbak baunya :)

      Padam
  2. wahh mesti sedap kan..wangi lagi tapi sy tak berani nak makan nangka dah..tak pernah dalam sejarah makan nangka tup2 boleh pulak angin...sedih pastu en suami dok bebel kenapa makan..ehh selama makan tak pernah pulak angin walau nangka mmg tak digalakan utk org yg ada masalah angin tapi bukan saya..hehee

    BalasPadam