Agar-agar Nescafe

Sabtu, 24 Ogos 2013

Agar-agar Nescafe

Agar-agar Nescafe

Agar-agar Nescafe
Bahan-bahan :

37.5 gram agar-agar bertali
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 ½ sudu serbuk Nescafe
7 cawan air


Cara Membuatnya :

Rebus agar-agar bersama 7 cawan air hingga agar-agar hancur dan mendidih.

Seterusnya, masukkan gula secukup rasa. Tunggu hingga gula larut.

Kemudian, masukkan susu cair dan juga serbuk Nescafe. Kacau hingga sebati dan masak sehingga mendidih.

Tuangkan ke dalam bekas dan dibiarkan sejuk hingga agar-agar menjadi keras.

Sedia untuk dihidang dan dinikmati.

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cubalah...kalau orang yang suka minum air Nescafe memang suka..:)

      Padam
  2. lor banyak resepi kat sini.. bestnye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nak kumpul resepi banyak-banyak di sini...Senang untuk dibuat rujukan dan berkongsi bersama :)

      Padam
  3. Sedapnya agar2 nescafe....suami sy mst suka.

    BalasPadam
  4. boleh cuba ni :),suka blog ni banyak resepi..

    BalasPadam
  5. Bila masa sesuai makan agar-agar ni; pagi, tengahari, petang, malam, atau bila-bila masa mengadap tv? Sedapnyaaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila-bila masa pun sesuai..untuk juadah pencuci mulut...

      Padam