Bahan-bahan
:
400 gram tepung pulut
Santan
2 biji telur ayam (pukul sedikit)
Sedikit garam
4 sudu besar gula
Bijan secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara
Membuatnya :
Santan dimasak hingga mendidih. Biarkan
ianya sejuk.
Masukkan tepung pulut di dalam
bekas. Masukkan gula, garam dan juga telur. Gaulkan.
Akhir sekali, masukkan santan
yang dimasak sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Uli seperti adunan
membuat karipap.
Ambil sedikit adunan dan buat
bentuk bulat-bulat kecil. Jangan buat terlalu besar kerana ia akan mengembang
ketika digoreng nanti.
Letakkan ke dalam bekas yang
berisi bijan dan digolek-golekkan agar kena pada semua permukaan kuih dan tidak
melekat antara satu sama lain.
Goreng hingga garing dengan api
yang sederhana. Sedia untuk dihidang.
Sdap tu..:)
BalasPadamMestilah sedap..rangup pula tu..
BalasPadamsaya dah try buat kuih ni,guna santan...keras jadi nye....tp bila saya buat lain,hanya gunakan air gula,elok rangup nya...
BalasPadamOh ye ke..saya tak pernah pula buat menggunakan air gula sahaja.. Jika guna santan, rasanya lebih berlemak dan enak..
PadamSalam,
Padamsaya pula tak pernah buat. Makan aja