Bahan-bahan
:
1 cawan biji sagu dibasuh dan
ditoskan airnya
2 cawan air
½ cawan gula
Pewarna merah
Kelapa parut putih yang dibuang
kulitnya
Sedikit garam
2 helai daun pandan diikat
Cara
Membuatnya :
Masukkan air, gula, daun pandan
dan pewarna merah ke dalam kuali. Masak hingga gula larut dan mendidih.
Apabila air telah mendidih, masukkan sagu. Kacau
hingga biji sagu sedikit jernih dan adunan menjadi pekat.
Matikan api dan sendukkan adunan
ke dalam acuan atau loyang. Kukus dalam 20 minit.
Biarkan sehingga betul-betul
sejuk agar kuih kelihatan lebih cantik apabila dikelurkan dari bekas.
Apabila telah sejuk, kelapa parut
dicampurkan dengan sedikit garam. Potong kuih dan salutkan dengan
kelapa parut tadi. Sedia untuk dihidang.
antara kuih kegemaran.. :)
BalasPadamTerima kasih kerana selalu singgah dan komen di sini...Sudi-sudilah melawat blog ini lagi...:)
Padam