Bahan-bahan
:
4 cawan beras (dibasuh dan
direndam semalaman)
4 ½ cawan santan
Sedikit garam
Halia (diketuk)
6 biji lada hitam
2 helai daun pandan (disimpul)
1 batang serai (diketuk)
Cara
Membuatnya :
Didihkan air dalam pengukus.
Basuh beras dan kukus dalam pengukus sehingga masak.
Keluarkan nasi yang telah masak
dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10
minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
Akhir sekali, kukus sekali lagi
bersama daun pandan, halia dan juga lada hitam hingga nasi kelihatan berderai,
cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Semasa mengukus, lubangkan dengan
jari beras tersebut supaya masak serata.
Sekiranya hendak makan pada pagi,
kukus dan rendam beras pada waktu malamnya. Lebih lama rendam, lebih panjang
beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih
untung kerana tiada kerak.
Hidang bersama sambal tumis ikan
bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sayur kangkung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan