Homemade Keropok Lekor

Khamis, 23 April 2020

Homemade Keropok Lekor

Homemade Keropok Lekor

Homemade Keropok Lekor

Homemade Keropok Lekor

Bahan-bahan :

10 ekor ikan termenung @ ikan selayang @ ikan sardin
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Garam
Serbuk perasa


Cara Membuatnya :

1. Siang ikan dan bersihkan seperti biasa.

2. Ambil isi ikan dengan mengasingkan tulangnya tanpa perlu direbus.

3. Kisar isi ikan dengan masukkan sedikit sahaja air, sekadar boleh dikisar.

4. Masukkan juga garam dan juga serbuk perasa. Kisar hingga isi ikan hancur.

5. Gaulkan isi ikan dengan tepung ubi, tepung gandum dan baking powder.

6. Gaul hingga sebati dan tidak melekat di tangan.

7.Taburkan sedikit tepung gandum dan uli doh bentuk memanjang.

8. Rebus doh yang siap diuli dalam air yang mendidih.

9. Rebus hingga ia terapung di permukaan air. Toskan dan biarkan sejuk.

10. Potong mengikut cita rasa anda dan bolehlah digoreng.

1 ulasan:

  1. Puas hati makan keropok lekor homemade. Tiba-tiba macam teringin pulak nak makan keropok lekor heheeee.

    BalasPadam