Bahan-bahan
:
10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa-apa perisa)
Plastik wrap ( untuk bungkus
roti)
Minyak untuk menggoreng
Cara
Membuatnya :
1. Lembabkan roti dengan air atau
gelekkan roti tersebut untuk mendapatkan roti yang sederhana padat.
2. Skopkan aiskrim ke atas roti
ditengah-tengahnya.
3. Tutupkan aiskrim dengan sekeping
roti lagi.
4. Tekan menggunakan cawan
plastik supaya roti terputus. Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak
meleleh keluar. Buang lebihan roti yang berada di sekeliling cawan.
5. Balut dengan plastik pembalut
dan simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
6. Keluarkan dari tempat pembeku
dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan goreng
terlalu lama. Paling kurang 1-2 minit sahaja tetapi pastikan minyak betul-betul
panas. Sedia untuk dinikmati.
dah pernah cuba skali masa bulan puasa haritu tapi byk yg bocor. abis meleleh huhu
BalasPadam