Roti Custard Oreo

Ahad, 9 Januari 2022

Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Bahan-bahan :

200 gram air mineral @ biasa

1 biji telur gred B

30 gram marjerin

30 gram shortening

80 gram gula biasa

1 sudu kecil garam

500 gram tepung high protein

10 gram krim pelembut @ k-fine

11 gram yis

 

Bahan Untuk Custard :

6 sudu instant custard

12 sudu air ais

-  Bahan ini dikacau sampai sebati, masukkan dalam piping bag.

- Jika terlalu pekat, boleh tambahkan air.

 

Sapuan Atas Roti :

Gula aising

Air

- Campurkan kedua bahan ini dan dikacau sebati.

 

Bahan Lain :

Oreo (dipotong dua)

Oreo (dihancurkan)

 

Cara Membuat Roti :

1. Pertama sekali masukkan air ke dalam bread maker.

2. Pastikan masukkan cecair dahulu ke dalam bread maker.

3. Masukkan telur, gula, marjerin, shortening, garam dan juga krim pelembut.

4. Kemudian boleh masukkan tepung high protein.

5. Akhir sekali baru masukkan yis kering.

6. Yis kering tak boleh bercampur dengan garam kerana ia akan melemahkan yis.

7. Uli sehingga 30 minit guna bread maker dan jika guna tangan selama 1 jam.

8. Uli sehingga elastik dan tak lekat di tangan.

 

Cara Membentuk Roti :

1. Timbang doh sebanyak 50 gram dan bulatkan.

2. Ambil nozzle 1M dan balutkan dengan plastik.

3. Tekan dengan nozzle tersebut untuk membuat lubang di tengah roti.

4. Pastikan jangan sampai  putus di bawahnya.

5. Tunggu sampai doh agak kembang, baru letakkan custard di tengahnya.

6. Jika lubang semakin kecil boleh tekan lagi dengan lembut.

7. Sapukan permukaan doh dengan bancuhan gula aising dan air tadi.

8. Letakkan oreo yang dipotong dan taburkan biskut oreo.

9. Bakar pada suhu 160oC selama 13 minit.

 

3 ulasan:

  1. Wow custard Oreo confirm sedap ni

    BalasPadam
  2. perghh..kena suruh wife baca blog ni...Salam kenal..first time melawat sini

    BalasPadam
  3. if orea sedap, ni confirm sedap

    BalasPadam