Chocolate Layer Cake

Sabtu, 1 Januari 2022

Chocolate Layer Cake

Chocolate Layer Cake

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Bahan Kek (Loyang 7 x 7)

160gram tepung spongemix

160gram telur (3-4 biji)

40gram susu coklat

1 sudu teh coklat emulco

40gram minyak jagung

1 sudu makan ovalatte

 

Bahan Coklat Layer 

Bahan A :

10gram serbuk agar-agar (1 paket)

500gram air panas

120gram gula pasir @ kastor

½ sudu teh garam halus


Bahan B :

700gram susu coklat

30gram tepung angkwee

30 gram tepung jagung

1 biji telur gred A/B

100gram dark coklat coin

 

Cara Membuat Kek :

1. Masukkan telur, tepung spongemix dan ovalatte dalam food processor.

2. Masukkan juga coklat emulco dan susu coklat .

3. Putar sampai gebu, guna sampai kelajuan 5. Tutup food processor.

4. Ambil sedikit adunan, masukkan minyak dan kacau sebati.

5. Masukkan adunan minyak ke dalam adunan kek semula dan sebatikan.

6. Guna loyang saiz 7, alas dengan baking paper (tak perlu sapu minyak).

7. Masukkan adunan kek dalam loyang, hentak 3 kali supaya kek tidak berongga.

8. Panaskan oven, bakar pada suhu 160 selama 30-35 minit.

 

Cara Memasak Bahan A :

Campurkan bahan A iaitu gula, garam, agar-agar ke dalam air panas.

Kacau dan ketepikan.

 

Cara Memasak Bahan B :

Susu coklat, tepung jagung, telur dan tepung angkwee dikacau menggunakan whisk.

Kacau sampai sebati dan tepung tidak berketul.

 

Cara Memasak Puding :

1. Masak atau panaskan dulu air agar-agar tadi hingga berbuih.

2. Kemudian tapis air coklat yang dibancuh dan masukkan dalam periuk agar-agar.

3. Kacau sehingga agak pekat, masukkan coklat coin.

4. Kacau sampai pekat dengan menggunakan api yang perlahan.

5. Masak sehingga meletup-letup iaitu keluar letusan dipermukaannya. Tutup api.

 

Cara Membuat Layer :

1. Potong kek kepada 3 layer. Pastikan kek sejuk dahulu sebelum dipotong.

2. Layer pertama 300gram sahaja. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Hentakkan.

3. Ambil kek layer pertama dan tekan.

4. Timbang lagi 250gram dan ratakan. Tak perlu hentak dan masukkan kek.

5. Timbang lagi 250gram dan ratakan. Letak kek dan tekan sikit.

6. Kemudian habiskan semua adunan puding.

7. Masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

8. Nak keluarkan kek dari loyang, potong tepi kek dengan pisau.

9. Hentakkan sedikit bila hendak keluarkan kek.

10. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan