Biskut Campuran Gajus dan Badam

Ahad, 9 Julai 2023

Biskut Campuran Gajus dan Badam

 



Bahan-bahan :

250 gram buttercup

¾ cawan gula halus

¾ cawan campuran serbuk gajus dan badam (dipanggang dan ditumbuk)

1 sudu teh esen vanilla

½ cawan tepung kastard

2 cawan tepung jagung

Tepung gandum secukupnya

1 biji kuning telur

Bijan hitam

 

Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila serta campuran serbuk gajus dan badam.

3. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

5. Canai dan terapkan adunan dengan acuan.

6. Sapu kuning telur dan taburkan bijan hitam.

7. Bakar hingga masak dan sedia untuk dihidang. 

 

Nota :

1. Biji gajus dan badam hendaklah dipanggang terlebih dahulu.

2. Kemudian ditumbuk sehingga hancur.

 

3 ulasan: