Bahan-bahan
:
4 biji kelapa muda (diambil isi dan airnya)
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 biji telur
7 ½ cawan air kelapa muda
1 ½ - 2 cawan gula (secukup rasa)
Secubit garam
Cara Membuatnya:
1.
Lenser loyang yang bersesuaian dengan sedikit marjerin. Tidak perlu dialas.
2.
Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk adunan. Pukul telur dan gula bersama
sedikit garam hingga gula larut dan telur berbuih. Tak perlu kembang.
3.
Masukkan tepung beras, tepung gandum dan air kelapa secara berselang-seli, sedikit
demi sedikit hingga habis. Pastikan adunan sebati.
4.
Masukkan bater ke dalam loyang. Letakkan loyang di rak paling bawah di dalam
oven.
5.
Taburkan isi kelapa muda di permukaan atas kuih.
6.
Bakar sehingga masak. Bahagian atas kuih nampak keperangan apabila kuih telah masak sempurna.