Kerisik
adalah salah satu rencah yang menyedapkan masakan terutamanya dalam pembuatan
rendang. Ianya dibuat daripada kelapa. Kelapa yang diparut atau dikukur,
digoreng (tanpa minyak) dan kemudiannya digiling hingga lumat. Kerisik berwarna
coklat gelap dan ia boleh dibuat sendiri atau dibeli dari kedai-kedai runcit.
HOMEMADE
KERISIK MENGGUNAKAN FOOD PROCESSOR
OLEH
: SAJIAN HATI
Bahan-bahan
:
Kelapa
parut secukupnya
Cara
Membuatnya :
Jemur
kelapa parut terlebih dahulu. Hati-hati kerana semut amat suka kelapa yang manis
ini. Jika malas atau cuaca tidak mengizinkan boleh lakukan langkah seterusnya.
Goreng
atau sangai kelapa parut tanpa minyak hingga menjadi kuning keemasan atau
garing.
Pastikan
guna api kecil sahaja. Jika api besar, kelapa akan hangus dan kerisik akan jadi
pahit.
Harus dikacau selalu agar masak dengan sekata dan tidak hangit.
Apabila
sudah garing, tutup api dan biarkan seketika.
Dalam
keadaan yang agak panas, masukkan kelapa goreng ke dalam food processor.
Kisar
kelapa goreng tadi sehingga lumat dan mengeluarkan minyak.
Bila
minyak kerisik sudah keluar, masukkan ke dalam bekas bersih.
Tutup
bekas berisi kerisik dengan kemas dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa
perlu letak dalam peti sejuk. Ia juga tahan berbulan-bulan.