Bahan-bahan
:
4 cawan tepung beras
11 cawan santan
5 sudu besar gula atau secukup
rasa
1 ½ cawan gula merah (boleh
kurangkan)
300 gram kacang hijau (direbus)
250 gram kacang kuda (direbus dan
masukkan sedikit garam)
Sedikit garam
2 helai daun pandan (disimpul)
Cara
Membuatnya :
1. Masak gula merah bersama 2
cawan santan sehingga gula merah hancur. Sejukkan.
2. Campurkan tepung beras bersama
gula, sedikit garam dan santan. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
3. Tapiskan air gula merah tadi
dan masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau lagi.
4. Seterusnya, tuangkan ke dalam
kuali dan masak dengan api yang sederhana. Pastikan ianya dikacau selalu agar
tidak berkerak.
5. Setelah agak pekat, masukkan
kacang hijau dan juga kacang kuda yang telah direbus.
6. Kacau sehingga pekat dan rasa
manisnya. Jika keras, boleh tambahkan sedikit lagi santan.
7. Angkat dan tuang dalam loyang.
Sejukkan dan bolehlah dipotong. Sedia untuk dihidang.
Nota :
Anda boleh tukarkan atau
tambahkan bahan-bahan lain contohnya jagung, ubi keledek, ubi kayu dan
sebagainya mengikut citarasa anda. Tetapi, ianya hendaklah direbus terlebih
dahulu.