Agar-agar Permata Ros yang belum dipotong |
Bahan A :
14 gram agar-agar bertali
3 cawan air
Gula secukup rasa
Dua helai daun pandan diikat
Pewarna merah atau esen ros
Bahan B :
30 gram agar-agar bertali
6 cawan air
1 cawan susu pekat manis
Dua helai daun pandan diikat
Gula secukup rasa
Cara Memasak Bahan A :
Rebus agar-agar bersama 3 cawan
air hingga hancur. Masukkan juga daun pandan.
Setelah hancur, masukkan gula
secukupnya dan juga sedikit pewarna merah. Tunggu hingga mendidih dan padamkan
api.
Tuangkan agar-agar ke dalam bekas
dan tunggu hingga agar-agar keras.
Apabila agar-agar telah keras.
Potong agar-agar berbentuk dadu kecil-kecil.
Masukkan agar-agar yang dipotong
tadi ke dalam loyang. Langkah seterusnya ialah dengan memasak bahan B pula.
Cara Memasak Bahan B :
Masak agar-agar bersama 6 cawan
air hingga hancur. Masukkan juga daun pandan agar lebih wangi.
Setelah itu, masukkan gula dan susu.
Tunggu hingga mendidih. Tutup api dan tuangkan agar-agar susu ke dalam bahan A
iaitu agar-agar yang dipotong dadu tadi.
Tunggu hingga agar-agar keras.
Jika ingin agar-agar lebih cepat keras masukkan ke dalam peti sejuk.
Kemudian bolehlah dipotong untuk
dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan