Bahan-bahan
:
250 gram mentega
200 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
100 gram tepung kastard
100 gram gula aising
1 sudu teh esen pandan
½ sudu teh pewarna hijau
Jem strawberi secukupnya
Cara
Membuatnya :
1. Pukul mentega dan gula aising
sehingga kembang. Masukkan esen pandan dan pewarna hijau.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan
tepung kastard. Uli sehingga sebati.
3. Bentukkan kuih mengikut gambar
di bawah. Kemudian, bakar sehingga masak.
Perhatian : Jika kuih terlalu
lembut, sila tambahkan tepung gandum atau tepung jagung. Gambar di bawah adalah
dari blog lain.
Cara
Membentuk Kuih :
Gambar 1 :
Leperkan doh tadi. Potong adunan
menggunakan acuan berbunga. Sapukan sedikit jem strawberi di atasnya.
Gambar 2 :
Setelah disapu jem. Bentukkan
melengkung seperti di dalam gambar.
Gambar 3 :
Rapatkan dua keping kuih.
Gambar 4 :
Masukkan kuih di dalam acuan
kertas. Bakar hingga masak.