Bahan-bahan :
1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
½ cawan coklat chip
¾ - 1 cawan cawan serbuk badam (sangai dahulu)
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya
Cara Membuatnya :
1. Pukul marjerin dengan gula halus hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
3. Masukkan serbuk badam dan coklat chip.
4. Masukkan tepung
jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
5. Uli hingga menjadi doh dan tekan dengan acuan yang disukai.