Bahan-bahan
:
1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
¾ cawan tepung kastard
½ cawan tepung jagung
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 botol kecil jem strawberi
Cara
Membuatnya :
Pukul marjerin dan gula halus
hingga kembang. Masukkan esen vanila dan dikacau hingga sebati.
Seterusnya, masukkan tepung
kastard dan tepung jagung. Akhir sekali, masukkan tepung gandum.
Uli hingga menjadi doh. Canai doh
dan terap menggunakan acuan bunga. Letakkan jem strawberi di tengahnya.
Bakar hingga masak.
Kalau tak guna Tepung kastard boleh?
BalasPadam