Sumber Resipi:
Periuk tanah
Bahan-bahan
:
4 biji pisang awak @ emas (saiz
sederhana) - dilecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang @ esen
vanila
Cara
Membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 185
darjah Celcius.
2. Sediakan loyang yang sesuai
dan lenser dengan marjerin atau minyak.
3. Kisar gula, telur, minyak di
dalam blender atau mixer sehingga putih. Anggaran masa selama 3 hingga 5 minit.
4. Ayak tepung gandum bersama
baking powder dan soda bikarbonat.
5. Masukkan campuran tepung dan
kacau rata.
6. Masukkan pisang yang telah
dilecek, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
7. Tuang adunan ke dalam loyang
dan masak dalam ketuhar selama 45 minit atau hingga kek keperangan.
8. Cucuk bahagian tengah kek
dengan lidi untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
9. Sedia untuk dinikmati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan