Bahan-bahan :
Ikan puyu dan ikan sepat
Garam kasar
Beras
Asam keping
1 sudu besar gula
Cara Membuatnya :
1. Cuci ikan sehingga betul-betul bersih. Perapkan ikan dengan garam. Biarkan semalaman pada suhu bilik atau bahagian bawah peti sejuk.
2. Kuantiti garam jangan terlalu masin sebab kurang sedap. Kalau terkurang garam, ikan akan menjadi busuk sebelum menjadi pekasam.
3. Goreng beras sehingga menjadi warna keperangan. Tetapi jangan sampai hangit. Kemudian, kisar atau tumbuk beras tersebut.
4. Masukkan dalam bekas beras yang telah ditumbuk, campurkan dengan gula dan kacau sebati.
5. Selepas semalaman, bedakkan ikan dengan beras yang dikisar seekor demi seekor. Golekkan saja ikan di dalam beras kisar tersebut.
6. Ambil balang, taburkan garam kasar sedikit. Kemudian susun ikan satu lapisan, taburkan beras dan garam kasar secukupnya. Letakkan beberapa keping asam keping.
7. Susun lagi ikan pada lapisan kedua dan tabur lagi beras dan garam serta letakkan asam keping. Ulang langkah hingga ikan habis disalut dengan beras.
8. Tutup rapat bekas. Lima hari kemudian boleh digoreng, sedap dimakan dengan nasi panas.
Sedapnya pekasam . Lagi-lagi time nak goreng pekasam tu .satu rumah bau pekasam
BalasPadamlady pernah tengok che buat ikan masin.. prosesnya seakan sama.. cuma beras digantikan dengan garam kasar.. susun berlapis2..
BalasPadamYa ka..resipi ini rasa masam-masam sikit kerana letak asam keping..
PadamSedapnya...SA suka...tapi susah nak jumpa kat Seremban...beli online je...salam kenal..sis follow sini ye
BalasPadamSalam kenal juga.. terima kasih sudi follow :)
PadamHurmmm ok ni nampak ada new step yg tak pernah buat sebelum ni.. pernah buat sekali jer yg jadi.. yg lain buat semua busuk hahaha tak tau la cane sampai give up nak buat pekasa. Sampai wife perli beli je la.. tak bazir dan tak bersepah hahahaha :P
BalasPadamMasukkan dalam peti sejuk tahan lama sikit...
Padamrajinnyer masak ikan pekasam nih., hehe
BalasPadamyessss ikan pekasam homemade best sedap ni! hehehe
BalasPadamSayapun suka ikan pekasam, tapi tak pernah buat sendiri selalu beli dan di masak sendiri di rumah.
BalasPadamSedapnya ikan pekasam. Best lah pandai buat. Teringin nak makan je boleh buat sendiri kan. Terasa-rasa kesedapan dia goreng dengan cili dan bawang tu.
BalasPadamFuuuuu! Bau dia sampai sini!
BalasPadam