Bahan-bahan
:
24 gram agar-agar
4 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Kuning telur
Dua helai daun pandan (disimpul)
Gula secukup rasa
Cara
Membuatnya :
1. Masak agar-agar bersama 5
cawan air sehingga kembang. Masukkan juga daun pandan.
2. Setelah agar-agar kembang,
masukkan gula pasir dan direbus selama beberapa minit.
3. Bancuh tepung kastard dengan
secawan air. Bancuhan itu dimasukkan ke dalam agar-agar lalu dikacau sehingga
agak pekat.
4. Apabila campuran tersebut
masak, masukkan kuning telur beserta esen vanila lalu dikacau sehingga sebati.
5.
Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga agar-agar keras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan