Bahan Untuk Membuat Kek :
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan 2 sudu)
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum (boleh kurangkan 2 sudu)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Cara Membuat Kek :
1. Campurkan susu cair, susu pekat, gula pasir dan serbuk koko
di dalam periuk.
2. Masak di atas api 4 bahan tersebut dengan api yang
perlahan.
3. Hendaklah dikacau selalu sehingga semuanya sebati. Tutup
api dan sejukkan.
4. Pukul telur hingga kembang dan gebu.
5. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda
bikarbonat.
6. Masukkan bahan yang dimasak berselang-seli dengan tepung.
Sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan minyak. Tuangkan ke dalam loyang.
8. Kukus sehingga masak dan biarkan sejuk sebelum di tuang
krim cheese.
Bahan Untuk Membuat Cheese Leleh :
1/2 cawan susu pekat
1/3 cawan susu segar @ tak sampai ½ cawan susu segar
250 gram cream cheese tatura (1 bungkus)
Keju cheddar (diparut)
Cara Membuat Cheese Leleh :
1. Campurkan susu pekat, cream cheese dan susu segar.
2. Putar ketiga-tiga bahan tersebut hingga kembang.
3. Tuangkan atas kek yang telah sejuk tadi.
4. Ketebalannya mengikut citarasa masing-masing.
5. Seterusnya, taburkan keju cheddar yang telah diparut.
6. Akhir sekali simpan di dalam peti sejuk untuk
menyejukkannya.
7. Sedia untuk dihidang.
8. Kek ini enak sekali dimakan ketika sejuk.
sedapnye!
BalasPadammestilah sedap :)
Padamwahhhh... sedap ni...
BalasPadamrasa sekali pasti nak lagi :)
Padam