Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Isnin, 8 Ogos 2022

Semperit Bunga Klasik Azlina Ina

Resipi Semperit Bunga Klasik Azlina Ina

Resipi Semperit Bunga Klasik Azlina Ina

Resipi Semperit Bunga Klasik Azlina Ina

Resipi Semperit Bunga Klasik Azlina Ina

Bahan-bahan :

2 cawan marjerin planta

1 cawan gula aising

1 biji kuning telur

2 cawan tepung kastard

1 ½ cawan tepung jagung

½ cawan tepung ubi

1 cawan tepung gandum (disangai)

1 sudu teh esen vanila

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau marjerin planta, gula dan kuning telur hingga kembang menggunakan senduk kayu.

2. Masukkan esen vanila, tepung jagung, tepung ubi, tepung kastard dan juga tepung gandum.

3. Uli hingga lembut dan sebati. Tekan doh menggunakan acuan semperit.

4. Bakar pada suhu 180 selama 15 hingga 25 minit bergantung pada oven.

 

Sabtu, 21 Mei 2022

Semperit Cheese Azlina Ina

Resipi Semperit Cheese Azlina Ina

Resipi Semperit Cheese Azlina Ina

Resipi Semperit Cheese Azlina Ina

Resipi Semperit Cheese Azlina Ina

Resipi Semperit Cheese Azlina Ina

Resipi Semperit Cheese Azlina Ina

Bahan-bahan :

250gram majerin atau butter

¾ cawan susu pekat

125gram cream cheese

Esen vanilla

Tepung jagung secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati butter, susu pekat, cream cheese dan esen vanilla.

2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.

3. Gaul rata sampai tak lekat di tangan.

4. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu sedikit satu adunan banyak.

5. Adunan sedikit untuk kelopak atas, letakkan pewarna kuning.

6. Adunan banyak untuk kelopak bawah, letakkan pewarna pink.

7. Gaul lagi dan boleh tekan guna acuan pecah 15.

8. Bakar pada suhu 180 masa 20-25 minit.

 

Isnin, 16 Mei 2022

Biskut Nestum Coklat Chip

Resipi Biskut Nestum Coklat Chip

Resipi Biskut Nestum Coklat Chip

Resipi Biskut Nestum Coklat Chip

Resipi Biskut Nestum Coklat Chip

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin

1/2 cawan gula halus

3 sudu susu pekat manis

1 sudu teh esen vanila

1 biji telur

2 cawan nestum

80 gram coklat chip

1 cawan tepung jagung

Tepung gandum secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan telur, susu pekat dan esen vanila. Kacau sebati.

3. Letakkan nestum dan juga coklat chip.

4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Uli hingga menjadi doh dan tak lekat pada tangan.

6. Tekap dengan acuan kesukaan dan letak coklat urai di atasnya.

7. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

 

Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Resipi Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Resipi Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Resipi Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Resipi Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Resipi Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Bahan-bahan :

125 gram butter

½ cawan gula perang

½ cawan susu pekat manis

320 gram cornflakes


Cara Membuatnya :

1. Cairkan butter, gula perang dan juga susu pekat manis dengan api yang kecil.

2. Masak sampai gula cair dan berbuih sedikit. Tutup api.

3.Tunggu sekejap bagi suhunya turun sebelum dicurahkan dalam cornflakes.

4. Gaul rata dan pastikan semua cornflakes disalut dengan karamel tadi.

5. Masukkan dalam papercup dan bakar suhu 160-170 selama 5 minit.

6. Boleh bakar lama sikit bagi keperangan agar lebih rangup.

 

Nota :

1. Guna tangan untuk masukkan cornflakes dalam papercup kerana lebih mudah berbanding menggunakan sudu.

2. Selain itu, guna tangan lebih senang untuk padatkan isinya.

3. Rasa cornflakes ini yang lemak manis masin (caramel ala garret popcorn).

4. Sukatan ini sedang elok. Cornflakes melekat antara satu sama lain tetapi mudah tanggal dari papercup dan tak melekit.