Agar-agar Cendol Susu

Agar-agar Cendol Susu

Agar-agar Cendol Susu

Agar-agar Cendol Susu

Agar-agar Cendol Susu

Bahan Untuk Lapisan Bawah :

12 gram agar-agar
Cendol
½ tin susu cair
Gula secukup rasa
Secubit garam
Daun pandan (disimpul)


Bahan Untuk Lapisan Atas :

12 gram agar-agar
6 sudu besar gula merah
½ tin susu cair
Gula secukup rasa
Sedikit garam
4 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuat Lapisan Bawah :

1. Masak agar-agar bersama 2 ½ mug air hingga agar-agar larut.

2. Letakkan juga daun pandan supaya lebih wangi.

3. Kemudian, masukkan gula secukup rasa dan secubit garam.

4. Masukkan ½ tin susu cair dan biarkan hingga mendidih. Tutup api.

5. Letakkan cendol di dalam acuan dan tuangkan agar-agar susu di atasnya.

6. Biarkan hingga agar-agar agak keras.


Cara Membuat Lapisan Atas :

1. Rebus agar-agar bersama 2 mug air dan daun pandan hingga agar-agar larut.

2. Sementara menunggu agar-agar larut, masak gula merah bersama ½ mug air.

3. Masak hingga gula merah larut dan tapiskan.

4. Apabila agar-agar telah hancur, masukkan gula merah yang ditapis tadi.

5. Masukkan juga  gula pasir dan sedikit garam supaya rasa lemak.

6. Kemudian masukkan susu cair yang lebih tadi.

7. Biarkan mendidih dan tutup api.

8. Kemudian tuang agar-agar gula merah di atas lapisan agar-agar susu.

9. Biarkan ia keras sepenuhnya dan sedia untuk dihidang.