Memaparkan catatan dengan label Homemade. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Homemade. Papar semua catatan

Ahad, 10 Disember 2023

Homemade Ice Blended Milo

 Homemade Ice Blended Milo

Homemade Ice Blended Milo

Homemade Ice Blended Milo

Bahan-bahan :

3 sudu gula halus

3 sudu milo

2 sudu susu pekat manis

1 sudu susu tepung

¼ cawan air

1 @ 2 cawan ais hancur

 

Bahan Lain :

Serbuk milo

Sirap coklat Hershey

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan gula, milo, susu pekat, susu tepung, air dan juga ais dalam blender.

2. Blend hingga ais hancur, sebati dan lembut.

3. Tuangkan sirap coklat Hershey di sekeliling cawan.

4. Pusing-pusingkan cawan agar dapat corak yang menarik.

5. Kemudian tuangkan ais yang diblender, taburkan serbuk milo di atasnya.

6. Sedia untuk dinikmati.

 

Ahad, 11 Jun 2023

Homemade Aiskrim Milo Tabur

 Homemade Aiskrim Milo Tabur

Homemade Aiskrim Milo Tabur

Homemade Aiskrim Milo Tabur

Homemade Aiskrim Milo Tabur

Bahan-bahan :

1 tin susu cair

¼ tin susu pekat @ secukup rasa

Milo secukupnya

1 sudu besar ovalette

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan ke dalam mixer susu cair, susu pekat dan ovalette.

2. Masukkan juga serbuk milo secukup rasa dan warna.

3. Pukul selama 20 minit sehingga menjadi dua kali ganda.

4. Tuangkan dalam bekas dan taburkan milo secukupnya.

5. Bekukan dalam peti ais, sedia untuk dinikmati.

 

Ahad, 16 Oktober 2022

Homemade Coklat







Bahan-bahan :

200ml whipping cream

2 atau 3 sudu buttercup

500gram milk coklat

Serbuk koko

 

Cara Membuatnya :

1. Panaskan whipping cream dalam kuali.

2. Apabila telah panas, masukkan buttercup.

3. Kacau hingga buttercup cair.

4. Tutup api dan tuangkan semua coklat.

5. Kacau hingga coklat cair sepenuhnya

6. Alas loyang dengan baking paper.

7. Tuangkan coklat, sejukkan semalaman dalam peti sejuk.

8. Ayak serbuk koko di atas coklat yang telah keras. 

9. Potong coklat menjadi petak kecil mengikut saiz yang digemari.