Khamis, 20 September 2012

Air Lobak Merah

Air Lobak Merah

Bahan-bahan :

1 batang lobak merah
1 tin susu pekat manis
Air masak


Cara Membuatnya :

Blender lobak merah bersama air masak sehingga hancur. Tapis untuk mendapatkan airnya. 

Mesin semula hampas lobak merah dan tambahkan sedikit air masak serta ditapis. Kemudian, hampas tersebut bolehlah dibuang.

Setelah itu, masukkan susu pekat manis ke dalam air lobak merah tadi. Masukkan susu sehingga airnya menjadi manis.

Jika suka, boleh masukkan ketul ais agar lebih sejuk atau masukkan sahaja di dalam peti sejuk.

Sedia untuk dihidang.

Rabu, 19 September 2012

Biskut Tart Rose Pandan

Biskut Tart Rose Pandan

Bahan-bahan :

250 gram mentega
200 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
100 gram tepung kastard
100 gram gula aising
1 sudu teh esen pandan
½ sudu teh pewarna hijau
Jem strawberi secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen pandan dan pewarna hijau.

2.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Uli sehingga sebati.

3. Bentukkan kuih mengikut gambar di bawah. Kemudian, bakar sehingga masak.

Perhatian : Jika kuih terlalu lembut, sila tambahkan tepung gandum atau tepung jagung. Gambar di bawah adalah dari blog lain.


Cara Membentuk Kuih :

Gambar 1 :
Leperkan doh tadi. Potong adunan menggunakan acuan berbunga. Sapukan sedikit jem strawberi di atasnya.


Gambar 2 :
Setelah disapu jem. Bentukkan melengkung seperti di dalam gambar.


Gambar 3 :
Rapatkan dua keping kuih.


Gambar 4 :
Masukkan kuih di dalam acuan kertas. Bakar hingga masak.

Isnin, 17 September 2012

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga


Bahan-bahan :

Mangga muda (dicincang)
3 biji cili kering (ditumbuk)
1 biji cabai hidup (ditumbuk atau dihiris nipis)
Cabai melaka (dihiris)
Bawang besar (dihiris nipis)
Bunga kantan (dihiris nipis)
Ikan bilis (digoreng dan ditumbuk kasar)
Kacang (digoreng dan ditumbuk halus)
Gula
Garam


Cara Membuatnya :

Campurkan semua bahan di dalam bekas. Gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidang.

Nota : Jika tidak mahu terlalu pedas, jangan letakkan cabai melaka.